CUN MELECUN
Memiliki isteri yang cun melecun supaya boleh ditayang kepada umum lantas merasa bangga kerana berjaya memiliki isteri yang cantik... of cos , sape yang tak nak bini lawo kan.. tapi berbaloi ke kalau mempunyai isteri yang lawo yang dipertontonkan kecantikannya kepada orang lain ?
SEKSI
Nak isteri yang seksi untuk apa? untuk membangkitkan nafsu supaya dapat menghasilkan zuriat yang baik atau membangkitkan nafsu orang lain yang menatap dan memamahi keseksian rupa paras isteri korang..
KAYA
Dapat bini kaya leh la jadi Mr Mama... tapi ape salahnya lelaki jadi Mr. Mama cuma jangan menjadi Mr Mama yang dayus udah lah. Walaupun sekaya mana isteri korang .. nafkah zahir dan batin jangan dilupa..
HODOH
Kategori ni agak jarang la orang nak kan... yelah .. orang tengok pun tak berapa sedap mata memandang.. inikan plak diri sendiri nak memandang .. huhuhu.. tapi sehodoh-hodoh manusia pun tak semesti dia memiliki hati seburuk-buruk manusia kan . Mungkin hatinya lebih baik dari secantik-cantik manusia
PANDAI MASAK
Dengan air tangan si dia mampu menambahkan kasih sayang .. bertuah la kalau dapat isteri yang pandai memasak .. tapi awas!! Awas pinggang seluar korang juga mungkin akan bertambah lebar juga =))
KURANG PANDAI
kalau bini kurang pandai leh la kelentong-kelentong kan ... tak baik mcm tu tau.. tapi walaupun dia kurang pandai janganlah plak memperlekehkan dia.. mungkin dia kurang pandai sbb kehidupan yang susah untuk menyambung pelajaran ke.. tapi dia mungkin isteri yang pandai mengambil hati
BERAGAMA
Pemikiran dia mungkin membuatkan korang rasa dia adalah seorang yang kolot.. tapi itupun mungkin kerana korang jenis open minded..Mungkin kebebasan korang untuk bersosial dan berpoya - poya akan terbatas apabila menjadikan dia seorang isteri .. Sedangkan dia memiliki ilmu yang jauh lebih tinggi dari korang. Walaupun dia tidak cantik ataupun seksi tapi dia merupakan isteri dan ibu yang mampu menggoncang dunia ( mcm lagu Sumaiyah plak ) ..
So apa pilihan anda??
0 komen andaa :):
Post a Comment